27 Februari 2012

Happy ending

Semalam aku ada family dinner dkt kedai abe faveret mama, abe dekat sungai rambai tu jugak yg mama minat, aku pun tak faham, aku rasa diaorang ada letak pelaris guna-guna ni.

Balik dari kedai makan, ada 4 buah myvi extreme berdesup belum ada number plate, saja nak bakar line diorang ni, abah cakap kalau eksiden ni mesti extreme jugak,

Aku menyampuk "diorang ada insurans, nak risau apa?" mama kata kalau ada insurans pun tapi badan hancur tak guna,

Aku buat kesimpulan sendiri, "diorang kan ada insurans, dapat duit nanti boleh recover, tapi kalau diorang mati, family atau pewaris dapat duit, yeay!" happy ending

posted from Bloggeroid

Blog Widget by LinkWithin

26 Februari 2012

Maybe not today,

Masa lepak dengan kawan-kawan lama semalam, aku banyak mengingatkan diorang kisah dulu-dulu, kes kena kejar polis, kes jatuh motor sebab langgar lopak air, dan mcm-mcm lagi, tapi isu yg paling aku tekankan, berkenaan dengan isu jadi orang.

Jadi orang dalam konteks perbualan kitorang bukan bermakna kitorang ni sekarang binatang, tetapi lebih kepada isu jadi anak yg soleh, tolong mak bapak, sara keluarga, dah ada gaji sendiri dll. So aku ada point point yg bagus dan bernas untuk dikongsi.

Aku suruh diorang ambik aku dekat rumah, aku tak nak bwk transport sendiri, biar lebih bonding. Masa hantar aku balik rumah dalam pukul 1 pagi, "weh aku cuti 3 minggu ni, roger lah aku kalau nak lepak." member rilek je jawab "kitaorang kan dah besar, mana reti lepak-lepak ni dah" aku senyum-senyum, ya masing-masing dah punya life sendiri. Umur pun dah 23.

posted from Bloggeroid

Blog Widget by LinkWithin

25 Februari 2012

2009. kuli

cuti panjang dekat kampung, buat aku terkenang balik kisah lampau yang melampau. tapi tadi tengah hari punya cerita memang mengundang seribu dua kenangan. motif? emosional kot. kau orang tau tong sampah tinggi satu meter warna hijau yang beroda tu? aku jumpa dekat masjid tadi. masih baru. belum ada sampah pernah masuk. sambil dengar khutbah, gua terflashback. tong sampah hijau ni jugak lah tempat aku cari sesuap nasi.

2009. gua masuk kerja 10 pagi, gua balik 6 petang. scope kerja = trading. gua kena hantar 20 tong sampah hijau ke alor gajah dari jalan hang tuah. mula-mula pergi ambik barang dekat supplier, lepastu susun dalam van. lepastu bla bla bla. lepastu gua sempat singgah masjid dekat alor gajah sembahyang jumaat kejap. lepastu bla bla bla. sampai sekolah yang dituju, gua turunkan barang bla bla bla. ada budak datang dekat tengok gua buat kerja. cikgu lalu sebelah dia "ni belajar rajin-rajin, malas nanti jadi macam abang tu"

pedih dia sampai harini. pedih dia sampai gua tersenyum sendiri. pedih dia macam kena cubit tetek dengan cikgu disiplin. (belek-belek diploma sambil fikir panjang nak berhenti degree separuh jalan) Blog Widget by LinkWithin

21 Februari 2012

black market.

ehem. apa cerita budak-budak blog? ni mesti semua dah busy main-main boyfriend, main-main girlfriend. fuhh. gua sebenarnya malas nak tulis apa-apa dekat sini. 3 minggu holiday, gua plan nak jalan-jalan pulau. sebelum gua nak jalan-jalan pulau, gua ingat gua nak jual gambar ni. ada duit lebih nanti gua belanja semua pergi holiday. yeah.

image


Tajuk : budak superman
Tarikh : 21/2/2012
Pelukis : Mjstd
Harga : RM 15K. Blog Widget by LinkWithin

11 Februari 2012

im in love with 50mm ep 5

image
image
image
image Blog Widget by LinkWithin


Layout by Izzat Khairani. Powered by Blogger